PRK Rantau: Polis buat persiapan rapi - Utusan Malaysia

PRK Rantau: Polis buat persiapan rapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Pihak polis akan menempatkan pegawai dan anggota yang mencukupi untuk memastikan kelancaran perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Pemangku Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, jika keadaan memerlukan pihaknya akan menambah keanggotaan dan ia mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

“Kita sudah membuat persiapan rapi dan telah membuat lawatan ke tempat-tempat mengundi serta pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Nampaknya semuanya berjalan dengan baik. Pihak polis akan memberi perkhidmatan terbaik sepanjang tempoh PRK itu iaitu pada hari penamaan calon esok sehingga hari mengundi pada 13 April.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita harapkan PRK ini akan berjalan dengan lancar. Pihak polis membuat kawalan dan memberi perkhidmatan sebaik mungkin, manakala penyokong parti dan orang ramai harus memainkan peranan agar tidak menimbulkan sebarang masalah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Oleh itu, katanya semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk memastikan PRK DUN Rantau berjalan dengan baik.

“Saya mengharapkan kerjasama semua pihak supaya berkelakuan baik dan tidak menimbulkan sebarang masalah yang boleh mengganggu perjalanan PRK DUN Rantau,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini