Saya mahu luangkan masa untuk keluarga - Higuain - Utusan Malaysia

Saya mahu luangkan masa untuk keluarga – Higuain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 29 Mac – Gonzalo Higuain berkata, segala kebimbangannya akan kembali tenang apabila dia membuat keputusan bersara daripada skuad Argentina selepas lama tidak dipanggil menyarung jersi kebangsaan.

“Saya berpendapat semuanya telah berakhir malah keputusan ini saya buat selepas menilai secara mendalam.

“Saya kini tidak perlu resah apabila tidak dipanggil menyertai skuad Argentina dan kini dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anda boleh berhenti bimbang sama ada saya ada di dalam skuad Argentina atau sebaliknya,” kata Higuain.

Sepanjang kariernya bersama pasukan Argentina dia telah beraksi dalam saingan akhir Piala Dunia 2014, Copa Amerika 2015 dan Copa Amerika Centenario 2016.

Penampilan terakhirnya bersama Argentina ialah ketika meraih kemenangan 2-1 ke atas Nigeria dalam Piala Dunia 2018.

Di peringkat kelab, Higuain telah berjaya mengumpul dua kejuaraan La Liga bersama Real Madrid pada tahun 2007 dan 2008, serta membantu Juventus muncul juara Itali pada tahun 2017 dan 2018.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini