KLANG 29 Mac – Seorang abang durjana yang merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap adik perempuannya yang berusia 14 tahun, sejak mangsa berusia enam tahun berbalas, apabila dia dijatuhkan hukuman 55 tahun penjara berserta 15 kali sebatan.
Hakim Mahkamah Sesyen Klang, Datin M. Kunasundary menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh yang berusia 25 tahun mengaku bersalah atas ke atas semua empat pertuduhan termasuk satu pertuduhan pindaan.
Kunasundary dalam penghakimannya menegaskan kesalahan tertuduh itu amat menjijikan dan diumpamakan sebagai harapkan pegar, pegar makan padi serta memerintahkan hukuman penjara dijalankan secara berasingan daripada tarikh dia ditangkap 8 Mac lalu.
“Sepatutnya tertuduh membimbing dan melindungi darah dagingnya namun apa yang dilakukan hanya memuaskan nafsu dan perbuatan sebegini perlu dibendung,” jelasnya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











