Dilema antara ibu dan isteri - Utusan Malaysia

Dilema antara ibu dan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dalam pemberian nafkah manakah yang perlu diutamakan antara isteri dan ibu?

Jawapan: Setiap orang mempunyai tanggungjawab berbeza dan pelbagai. Sebagai suami yang juga anak, menjadi tanggungjawab untuk memberi nafkah kepada isteri serta berbuat baik terhadap ibu bapa.

Antara contoh berbuat baik ialah memberi bantuan kewangan jika ibu bapa dalam keadaan memerlukan. Oleh itu, tanggungjawab sebagai suami dan anak hendaklah dilakukan dengan sebaiknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Puasa Nabi Daud atau penuh?

Ada insan yang berpuasa dengan kaedah puasa Nabi Daud iaitu berpuasa selang sehari dalam bulan Rejab dan Syaaban. Mana lebih afdal antara berpuasa cara puasa Nabi Daud atau berpuasa penuh bulan Syaaban?

Jawapan: Puasa cara Nabi Daud adalah puasa yang baik dan elok diamalkan. Banyak berpuasa pada bulan Rejab dan Syaaban juga sesuatu yang harus dan baik diamalkan.

Maka, terserah kepada individu Muslim untuk memilih mana satu kaedah yang sesuai. Ini kerana puasa itu termasuk dalam puasa sunat yang bukan wajib atau fardu.

Oleh itu, sesiapa yang ingin berpuasa secara puasa Nabi Daud maka hukumnya harus. Sesiapa yang ingin berpuasa penuh pada bulan Rejab dan Syaaban juga hukumnya adalah harus.

Dikecualikan solat Jumaat

Kaki saya hancur akibat kemalangan dan dimasukkan besi. Adakah wajib solat Jumaat?

Jawapan: Antara uzur daripada hadir solat Jumaat adalah hujan lebat, terlalu mengantuk dan musafir. Sakit juga dikira sebagai keuzuran. Maka, jika ia memudaratkan untuk hadir, maka golongan pesakit ini termasuk dalam uzur. Agama tidaklah menyusahkan seseorang itu.

Islam pentingkan kesopanan

Baru-baru ini diadakan majlis parti yang mempamerkan barangan seperti alat sulit lelaki? Bagaimanakah Islam memandang perkara ini?

Jawapan: Islam memelihara maruah dan kesopanan. Begitu juga termaktub dalam Rukun Negara yang lima antaranya ialah kesopanan dan kesusilaan.

Pada hemat saya, tema parti yang melanggar nilai agama, masyarakat timur atau prinsip Rukun Negara adalah tidak seharusnya dianjurkan.

Terpegang bekas tapak kaki babi

Ketika menyertai aktiviti perkhemahan di hutan, saya ternampak tapak kaki babi dan memegang tapak kaki itu. Adakah wajib disamak tangan saya?

Jawapan: Kemungkinan ada dua pendapat dalam isu ini. Pada pendapat saya, tidak perlu kepada basuhan secara samak atau sertu iaitu dengan air tanah. Bahkan memadai dengan basuhan air biasa sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini