Tak hadir mesyuarat tanda letak jawatan - Utusan Malaysia

Tak hadir mesyuarat tanda letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mac – Tidak menghadiri mesyuarat prosiding siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), semalam tanda tiga Ahli Parlimen pembangkang telah meletak jawatan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan perkara itu berkata, tindakan tersebut jelas walaupun Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pas itu belum menghantar surat peletakan jawatan kepada kepemimpinan PAC.

“Mereka sudah letak jawatan cuma daripada segi formaliti penghantara surat (peletakan jawatan) itu saya tidak pasti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tapi berdasarkan tindakan mereka tidak hadir dalam mesyuarat semalam, jelas menunjukan Ahli Parlimen pembangkang sudah meletak jawatan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Dalam perkembangan sama Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera menafikan dakwaan peletakan jawatan Ahli Parlimen pembangkang Isnin lalu adalah tidak rasmi.

“Apabila semua tak hadir mesyuarat semalam kira sudah letak jawatanlah. Serupa dengan Ahli Parlimen yang menang pilihan raya tetapi tidak mengangkat sumpah,” katanya.

Semalam, Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mengesahkan kesemua Ahli Parlimen pembangkang tidak menghadiri mesyuarat prosiding siasatan kontrak pelaksanaan sistem permit masuk kenderaan (VEP).

Jelas Ahli Parlimen Beluran itu, pihaknya belum menerima salinan surat peletakan jawatan anggota PAC itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini