Tok Mat bakal lengkapkan hatrik BN - Khairy - Utusan Malaysia

Tok Mat bakal lengkapkan hatrik BN – Khairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU 27 Mac – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yakin Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau akan menjadi medan kebangkitan rakyat yang kecewa terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH).

KHAIRY JAMALUDDIN
KHAIRY JAMALUDDIN 

Beliau berkata, bibit-bibit penolakan terhadap PH telah bermula dalam PRK DUN Cameron Highlands dan diteruskan di Semenyih apabila kemenangan memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu, beliau berharap momentum tersebut diteruskan dengan memberi kemenangan ketiga berturut-turut kepada BN dalam PRK pada 13 April nanti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Macam dalam bola sepak, kita kena lengkapkan kemenangan hatrik di Rantau dan kebetulan yang akan jaringkan hatrik adalah Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan).

“Gol pertama dijaringkan di Cameron Highlands dan gol kedua di Semenyih. Yang ketika kita jaringkan di Rantau.

“Ini adalah PRK yang besar maknanya kerana ia bukan sekadar untuk memilih wakil rakyat tetapi kerana calon yang bertanding adalah pemangku Presiden UMNO. Calon ini adalah lambang parti dan maruah rakyat yang menentang PH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Mesra Bersama Pemimpin anjuran Jentera BN Pusat Daerah Mengundi Taman Angsamas di sini malam ini.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ahli Dewan Undangan Negeri Johol, Saiful Yazan Sulaiman.

Khairy yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan berkata, bekas Menteri Besar itu telah banyak berjasa bukan saja kepada penduduk di Rantau tetapi juga rakyat Negeri Sembilan.

“Rantau ini sinonim dengan Tok Mat. Kalau nak cerita jasa beliau tak cukup masa untuk ceramah. Sekolah, rumah ibadat, kawasan perumahan dan pembangunan Bandar Sendayan adalah antara buah tangan beliau kepada orang Rantau.

“Tok Mat rancang Malaysia Vision Valley (MVV) yang bukan saja kawaaan industri tetapi juga perumahan dan menarik pelaburan berbilion ringgit. Hari ini apa yang ada di Negeri Sembilan? Kita tengok PH ingat kereta terbang, apabila tengok BN kita ingat Tok Mat dan MVV untuk kemajuan Negeri Sembilan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini