Tender prakelayakan dibuka untuk bina hospital kerajaan di Pasir Gudang - Utusan Malaysia

Tender prakelayakan dibuka untuk bina hospital kerajaan di Pasir Gudang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang membuka tender prakelayakan bagi membina sebuah hospital kerajaan di kawasan Pasir Gudang, Johor.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, tender itu akan ditutup pada 4 April depan.

“Kami dalam proses menangani perkara ini. (Bagi) Mereka yang mahu terbabit dalam tender ini, kita pada tahap pratender.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan melakukan perkara ini dalam rangka kerja dan SOP (Prosedur Operasi Standard) yang sudah ditetapkan bagi mana-mana pembangunan fasiliti di negara kita,” katanya pada sidang media Penubuhan Majlis Penasihat Kesihatan, di sini hari ini.

Sabtu lalu, media melaporkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, bertitah wujud keperluan untuk membina sebuah hospital kerajaan di kawasan Pasir Gudang, susulan insiden pencemaran sisa kimia, dan berharap kerajaan menyegerakan pembinaannya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini