Sejam tahan sakit kaki tersepit mangkuk tandas - Utusan Malaysia

Sejam tahan sakit kaki tersepit mangkuk tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH – Seorang wanita berusia 30-an terpaksa menahan sakit kira-kira sejam apabila kakinya tersepit dalam mangkuk tandas sebelum diselamatkan anggota bomba di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin, Penolong Penguasa Bomba, Hasnuddin Husin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.32 pagi.

“Kaki mangsa yang tinggal di Taman Temerloh Jaya itu didapati tergelincir dan tersepit ketika hendak menggunakan tandas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sembilan anggota ditugaskan ke lokasi kejadian dan menggunakan peralatan paratech sebelum kakinya berjaya dikeluarkan sejam kemudian,” kata beliau.

Tambahnya lagi, wanita tersebut turut diberikan rawatan oleh Unit Khidmat Rawatan Penyelamatan sejurus selepas diselamatkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini