Tidak wajar gelar Dr. Mahathir diktator - Utusan Malaysia

Tidak wajar gelar Dr. Mahathir diktator

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mac – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak seharusnya digelar sebagai diktator atau bekas diktator.

TANGKAP layar ciapan Tan Sri Annuar Musa di Twitter miliknya hari ini.

Dalam nada sinis, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, ini kerana Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu telah melakukan pelbagai perkara termasuk mengalah kepada DAP.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Adalah tidak wajar menggelarkan Tun sebagai diktator atau bekas diktator.

“Tun menang pilihan raya, Tun pernah letak jawatan, Tun banyak mengalah kepada DAP.

“Tun bebaskan orang yang dipenjara, Tun selamatkan orang yang sedang di bicara. Itu bukan sifat diktator,” katanya dalam Twitter miliknya hari ini.

Jumaat lalu, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dalam wawancara bersama dengan akhbar Singapura, The Straits Times menyifatkan Dr. Mahathir sebagai bekas diktator dan mengakui sukar bekerja dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Semalam, anak sulung Presiden PKR itu mempertahankan gelaran bekas diktator yang digunakan terhadap Dr. Mahathir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini