Malaysia catat KDNK 4.7 peratus - Utusan Malaysia

Malaysia catat KDNK 4.7 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


KUALA LUMPUR 27 Mac – Ekonomi Malaysia berkembang dengan sederhana pada kadar 4.7 peratus pada tahun 2018 berbanding 5.9 peratus tahun sebelumnya.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang lebih perlahan pada tahun lalu berikutan banyak cabaran dari dalam dan luar negara yang dihadapi pada 2018. 

Katanya, perubahan besar yang berkaitan dengan dasar dan juga perkembangan politik, sebahagiannya disebabkan oleh ketegangan perdagangan global dan perubahan dalam pucuk pimpinan kerajaan telah mewujudkan ketidakpastian dalam ekonomi.

Beliau berkata, bagaimanapun pada 2018, inflasi keseluruhan menurun kepada satu peratus berbanding 3.7 peratus yang dicatat pada 2017. 

Ujarnya, kadar inflasi yang lebih sederhana itu sebahagian besarnya mencerminkan kesan penetapan harga runcit bahan api dan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar sifar. 

“Faktor-faktor ini telah mengimbangi tekanan kos yang wujud dalam beberapa tempoh pada tahun 2018,” katanya pada sidang akhbar selepas membentangkan Laporan Tahunan BNM dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2018 yang dikeluarkan BNM di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini