Pertandingan reka batik sempena APEC 2020 - Utusan Malaysia

Pertandingan reka batik sempena APEC 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA –  Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menerusi Kraftangan Malaysia menganjurkan Pertandingan Mereka Batik Malaysia sempena Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 bermula hari ini sehingga 24 Mei depan. 

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, rekaan batik Malaysia yang terpilih akan dijadikan pakaian rasmi bagi ketua-ketua negara, menteri-menteri sektoral, para pegawai kanan dan sekretariat pada persidangan itu nanti. 

Beliau berkata, program itu turut mendapat kerjsama daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pertandingan ini bersesuaian dengan pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah Persidangan APEC yang akan berlangsung tahun hadapan.

“Ia terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas sama ada individu atau berkumpulan,” katanya ketika berucap merasmikan Festival Kraf Melaka 2019 di Dataran Menara Taming Sari, Banda Hilir di sini hari ini. 

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Isham Ishak; Pengerusi Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia, Suryani Senja Alias dan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Ibrahim Ismail.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan batik tersebut boleh diperolehi daripada urusetia Pertandingan Mereka Batik Malaysia, Seksyen Rekaan, Bahagian Rekaan dan Penyelidikan Kraftangan Malaysia atau memuat turun borang menerusi laman web www.kraftangan.gov.my. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini