Guardian sokong pemerkasaan wanita - Utusan Malaysia

Guardian sokong pemerkasaan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Guardian Malaysia mencabar wanita mengambil tindakan positif dalam mewujudkan dunia lebih baik untuk diri mereka menerusi langkah-langkah yang lebih praktikal.

Pengurus Jenama Kesihatan dan Kecantikan Guardian Malaysia dan Brunei, Michelle Yeap Hoon Li berkata, peranan wanita dalam masyarakat hari ini telah banyak berubah.

“Keupayaan melakukan pelbagai tugasan meliputi suri rumah tangga, pencari nafkah, ibu, pengajar dan lain-lain adalah penyumbang utama kepada kadar tekanan berterusan kepada wanita,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Justeru, Guardian Malaysia baru-baru ini menganjurkan program Guardian Women Empowerment ‘Balance For Better’ yang mana 20 orang pengikut media sosialnya dipilih bagi mengikuti percutian di The Chateau Spa and Organic Wellnes Resort, Bukit Tinggi, Pahang baru-baru ini.

Tujuan utama percutian tersebut adalah untuk mendedahkan peserta dengan setiap aspek penjagaan kesihatan supaya mereka boleh muncul lebih sihat dan cantik dalam berdepan dengan tahap tekanan yang tinggi.

Program sempena Hari Wanita Antarabangsa itu diisi pelbagai aktiviti termasuk kelas kecantikan, sesi terapi dan ceramah berhubung pengurusan tekanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini