Gomez semakin pulih daripada kecederaan - Utusan Malaysia

Gomez semakin pulih daripada kecederaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 27 Mac – Joe Gomez semakin hampir untuk membuat penampilan semula selepas empat bulan berehat kerana kecederaan kaki dan pertahanan Liverpool itu sudah mula menjalani latihan.

Gomez, 21, terpaksa melakukan pembedahan selepas kakinya patah ketika Liverpool menang ke atas Burnley, Disember lalu.

Pemain England itu membuat 12 penampilan Liga Perdana Inggeris musim ini sebelum ditimpa kecederaan tetapi pengendali The Reds, Jurgen Klopp mengesahkan bahawa Gomez semakin hampir untuk beraksi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keadaan semakin baik. Joe tidak lagi cemerlang dan semakin cergas.

“Dia tidak akan menyertai sesi latihan hari ini kerana perlu memberi tumpuan kepada latihan ketahanan badan. Sama seperti Ox (Alex Oxlade-Chamberlain), dia juga melakukan perkara sama sebelum menjalani latihan.

“Selepas lebih 15 minggu, dia perlu bermula dari bawah bagi menghadapi baki musim ini,” katanya.

Oxlade-Chamberlain dijadual kembali menjalani latihan minggu hadapan selepas pulih daripada kecederaan lutut yang dihadapinya, April lali.

Liverpool akan memulakan aksi Liga Perdana Inggeris bertemu Tottenham di Anfield, hujung minggu ini.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini