Suntikan RM8 juta bukan untuk kereta terbang
 - Utusan Malaysia

Suntikan RM8 juta bukan untuk kereta terbang


Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mac – Suntikan dana sebanyak RM8 juta yang telah disalurkan untuk projek kereta nasional ketiga bukan untuk menghasilkan prototaip kereta terbang.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming malah berkata, tidak disebut mengenai kereta terbang dalam projek kereta nasional berdasarkan dasar automotif yang dikaji.

“Saya rasa perkara ini sesuatu yang perlu diperjelaskan. Ia (RM8 juta) digunakan untuk pembangunan prototaip. Sepanjang pengetahuan saya, prototaip tersebut tidak membabitkan kereta terbang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada Januari lalu, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof mengumumkan peruntukan sehingga RM20 juta bagi membangunkan prototaip projek kereta nasional ketiga.

Komitmen Mohd. Redzuan terhadap kereta terbang membuatkan ramai pihak menganggap projek kereta nasional itu adalah bagi menghasilkan kereta terbang.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini