Pati Herbamadu bantu golongan obesiti berdiet sihat - Utusan Malaysia

Pati Herbamadu bantu golongan obesiti berdiet sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Produk Pati Herbamadu keluaran syarikat bumiputera, Clear Herbs Sdn. Bhd., kini menjadi pilihan pelanggan yang sedang bergelut dengan masalah berat badan dan obesiti kerana formulasi buatan tradisional mampu memberi kesan dan testimoni terbaik.

Duta produk syarikat, Datuk Abdul Malek Mohamed Noor atau lebih dikenali sebagai Malek Noor berkata, hasil inovasi menggunakan bahan mentah seperti lemon, halia, bawang putih, madu, cuka epal dan kurma yang diproses segar tanpa menggunakan ekstrak, serdak dan hampas itu mampu mengubah hidup mereka yang sedang berdiet secara sihat untuk tampil memiliki bentuk badan yang cantik.

“Saya merupakan testimoni terbaik bagi membantu syarikat meningkatkan keyakinan pelanggan untuk memilih produk Pati Herbamadu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Produk ini telah membantu saya mengamalkan diet sihat sekali gus dapat menurunkan berat badan secara semulajadi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi temu bual media bersama duta produk dan pengasas syarikat, Abdul Halim Hafez di pejabatnya di Kajang, Selangor baru-baru ini.

Produk Pati Herbamadu yang telah berada di pasaran sejak lima tahun lalu berjaya mencatat jualan lebih daripada 200,000 unit sebelum ini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan sedia ada, malah ia mampu menarik minat ramai peminat baharu mencubanya.

Malek Noor menjelaskan, kehidupannya kini lebih ceria, sihat dan berubah mahu berkongsi pengalaman baik bersama masyarakat untuk mendapat manfaat daripada produk berkenaan.

“Ia bertindak secara semulajadi dan perubahan pada diri dapat dilihat selepas dua minggu mengamalkan jus Pati Herbamadu tersebut, namun ia bergantung kepada cara diet, amalan makanan dan senaman yang dibuat bagi memastikan kesan perubahannya lebih berimpak tinggi,” ujarnya.

Tambah beliau, produk tersebut dijual secara online dan ditawarkan pada harga RM69 sebotol.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini