MERIAH. Seramai 590 orang peserta menyertai Kejohanan Lumba Basikal Kriterium Shah Alam 2019 baru-baru ini.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, penyertaan kali ini turut dihadiri pasukan dari luar negara iaitu Singapura, Denmark dan Jepun.
“Peserta negara, Sofian Nabil Omar Mohd. Bakri muncul juara bagi kategori basikal lumba lelaki terbuka manakala tempat kedua disandang Muhammad Danieal Haikkal Edy Suhaidee serta ketiga, Mohd. Zulhilmie Afif Ahmad Zamrie.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Pertandingan ini merupakan antara usaha berterusan MBSA untuk membuka peluang kepada semua golongan di Shah Alam bergiat aktif dalam aktiviti sukan berbasikal, sekali gus mengamalkan gaya hidup sihat,” ujarnya.











