Mahu SOP seperti bencana di Pasir Gudang - Maszlee - Utusan Malaysia

Mahu SOP seperti bencana di Pasir Gudang – Maszlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mac – Kementerian Pendidikan belum mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang khusus bagi situasi bencana skala besar seperti yang melibatkan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor baru-baru ini.

MASZLEE Malik menunjukkan beberapa gambar sebelum dan selepas sekolah-sekolah yang berjaya dinaiktarafkan di Sabah dan Sarawak kepada ahli Dewan Rakyat semasa sesi menggulung perbahasan usul menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat hari ini.-UTUSAN ONLINE

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, kementeriannya bagaimanapun mengambil langkah mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak sebagai persiapan jika berdepan situasi sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kementerian mengambil langkah dengan mengadakan perbincangan dengan agensi berkaitan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Kimia, Jabatan Alam Sekitar serta Bomba bagi menyediakan SOP berkenaan.

“Selain itu, kementerian juga menyediakan bantuan bencana luar jangkaan seperti bantuan dari segi kaunseling dan psikologi dan bantuan kebajikan seperti sumbangan alat tulis, buku dan pakaian serta bantuan fizikal.

“Namun demikian, bagi bencana yang melibatkan sisa toksik yang berlaku buat pertama kalinya secara skala yang besar, kementerian belum mempunyai SOP yang khusus bagi situasi berkenaan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Pada masa sama, Maszlee turut menjelaskan usaha menaik taraf sekolah-sekolah daif terutama di Sabah dan Sarawak yang berjaya dilakukan kementeriannya.

Beliau malah sendiri berkongsi beberapa gambar sebelum dan selepas sekolah-sekolah terbabit yang berjaya dinaiktarafkan kepada ahli Dewan Rakyat.

Bagaimanapun ketika menunjukkan gambar tersebut, beberapa Ahli Parlimen pembangkang terutama Barisan Nasional (BN) menjelaskan peruntukan bagi menaik taraf tersebut diluluskan semasa pentadbiran parti itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini