2 suspek kes bunuh dihadapkan ke mahkamah esok - Utusan Malaysia

2 suspek kes bunuh dihadapkan ke mahkamah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 26 Mac – Dua majikan yang dipercayai membunuh seorang pekerja mereka di kedai cuci kereta di Taman Chai Leng, Perai, dekat sini Rabu lalu akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh esok.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komissioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, pihak polis telah merakamkan keterangan seramai 24 saksi bagi melengkapkan siasatan kes itu.

“Hari ini kertas siasatan telah dirujuk ke Pengarah Pendakwaan negeri yang mengarahkan pertuduhan dibuat ke atas dua suspek berusia 35 dan 30 tahun mengikut Sekyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seorang lagi suspek berusia 21 tahun

dibebaskan dengan bon dan dijadikan saksi polis manakala pertuduhan terhadap dua suspek berkenaan akan dibuat di Mahkamah Bukit Mertajam esok,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian Rabu lalu, mangsa, S. Gehanathan, 38, maut setelah didakwa terlibat dengan salah faham dengan majikannya.

Mangsa pada mulanya dikatakan telah terlibat dalam kemalangan namun bedah siasat menunjukkan kecederaan yang dialami bukan akibat kemalangan tetapi perbuatan jenayah.

Pemeriksaan mendapati luka di bahagian kepala, muka dan lengan mangsa menunjukkan kesan dipukul. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini