Nurul Izzah: Menunggu Rafizi sertai pesta berbalas ciap - Utusan Malaysia

Nurul Izzah: Menunggu Rafizi sertai pesta berbalas ciap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ORANG Melayu tertibnya menyanggah dengan pantun. Namun dalam era media sosial, ramai menyanggah dan menikam menggunakan Twitter termasuklah dalam isu kritikan Nurul Izzah Anwar terhadap Perdana Menteri dan kerajaan.

Selepas temu bual Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersama media Singapura mendapat perhatian meluas hujung minggu lalu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mula ciap dalam Twitter pada Ahad.

Komen Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu kemudian dibalas Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad. Tidak terkecuali, Khairy Jamaluddin juga terbabit dalam ini drama apabila ‘menyerang’ Mohamed Azmin mengenai isu ekonomi yang dihadapi negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seakan tidak mahu ketinggalan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ketua Angkatan Muda Bersatu (Armada) membuat ciapan membalas kritikan Ahli Parlimen Rembau terhadap Mohamed Azmin.

Kebetulan, terdapat status dalam Twitter Menteri Belia dan Sukan itu yang baru sahaja berbasikal bersama Timbalan Presiden PKR di Putrajaya hujung minggu lalu.

Menariknya, pesta berbalas ciapan ini seperti mana pantun, ada kiasannya. Nama Nurul Izzah tidak pun disebut tetapi semua tahu kepada siapa mereka tujukan dan siapa yang mereka pertahankan.

Begitu juga ciapan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari yang sama Mohamed Azmin menggunakan perkataan ‘cry babies’ dalam Twitter beliau yang menjadi perhatian ramai.

Yang disentuh Anwar agenda ekonomi tidak boleh berasaskan kaum tetapi pemerhati mengaitkannya sebagai komen balas terhadap kritikan Mohamed Azmin ke atas Nurul Izzah.

Pesta berbalas komen dalam Twitter antara pemimpin Pakatan Harapan (PH) memang jadi perhatian umum dan tentunya apabila melibatkan ahli politik, ini mengundang pelbagai spekulasi.

Yang belum ada, komen Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli. Ramai ternanti-nantikan ciapan beliau. Kali terakhir rakan makan tengah hari Nurul Izzah dan Khary ini memuat naik status dalam Twitter pada 13 Mac lalu. Agak lama.

Cuma ingatlah, Dr. Mahathir bukan sebarang ahli politik. Anwar dalam satu ceramah pada kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih bulan lalu mengingatkan pimpinan Pas yang Dr. Mahathir adalah tok guru politik.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini