Tidak menjadi wakil rakyat, Nurul Izzah terus lakukan perubahan - Utusan Malaysia

Tidak menjadi wakil rakyat, Nurul Izzah terus lakukan perubahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mac – Nurul Izzah Anwar percaya beberapa perubahan boleh dilakukan meskipun beliau berhasrat untuk berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk tempoh sepenggal sahaja.

NURUL IZZAH ANWAR menjawab soalan wartawan di lobi Parlimen, Kuala Lumpur hari ini. – UTUSAN ONLINE/ABDUL NAZIR MOHAMED

Jelasnya, walau bagaimanapun adalah lebih elok perkara itu diselesaikan apabila tiba masanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sentiasa ingin memberi sumbangan dalam pelbagai cara yang saya mampu, sebab itu saya bertanding.

“Saya percaya kita boleh melakukan beberapa perubahan dengan pelbagai cara. Saya telah belajar banyak perkara daripada sektor pembangunan…jika perlu, apabila tiba masanya,” katanya.

Jumaat lalu, beliau dalam wawancara dengan akhbar Singapura, The Straits Times mendedahkan rancangannya untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat untuk tempoh sepenggal sahaja.

Mengulas lanjut mengenai tindakannya meletakkan jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Sabtu lalu, Nurul Izzah menjelaskan, struktur badan tersebut perlu diletakkan pada tempat yang sepatutnya untuk memantau dan perisai kepada segala ketirisan.

Kata beliau, Pakatan Harapan (PH) harus meneliti kemungkinan ketirisan dalam badan eksekutif dan PAC adalah fungsi utama untuk menangani perkara itu.

“Saya terlalu menghormati (Datuk Seri Dr.) Ronald Kiandee. Saya pernah bekerjasama baik dengan beliau tetapi akhirnya struktur (PAC) perlu diutamakan.

“Ini bukan masalah individu, tetapi siapa yang mendudukinya. Struktur perlu diutamakan untuk menghalang segala ketirisan,” katanya. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini