KUALA LUMPUR 26 Mac – Pelanggan masakini yang menjadikan kepuasan bergambar sebagai salah satu kriteria pemilihan telefon pintar memungkinkan OPPO untuk terus berevolusi dalam memenuhi kepuasan pengguna.
Dan kini, pembuat telefon pintar dari China itu hadir dengan model F11 Pro, sebuah telefon mampu milik yang penuh dengan ciri-ciri premium selari dengan citarasa pelanggan.
Kekuatan jenama OPPO adalah pada penawaran produknya yang memenuhi kehendak pelanggan, sebagai contoh, telefon pintar dalam siri Find memenuhi kehendak pelanggan dalam segmen premium, manakala siri R pula bagi pengguna dalam segmen pertengahan ke tinggi, diikuti siri F yang ditujukan khusus buat orang muda dan mereka yang mahu menonjolkan diri mereka.
Strategi ini amat berkesan dan berjaya menjadikan jenama OPPO sebagai salah satu jenama telefon pintar yang paling laris di pasaran Malaysia (Ketiga tertinggi di Malaysia setakat Oktober 2018 – www.statista.com).
Para pelanggan yang dikenali sebagai ‘O-fans’ amat berpuas hati kerana produk yang ditawarkan kerana ia benar-benar memenuhi kehendak dan selera, sesuai dengan kepelbagaian model bagi segmen yang pelbagai.
OPPO F11 Pro merupakan model terkini dalam siri F, yang diberi jolokan sebagai ‘Pakar Potret Cemerlang’.
Namun, kelebihan sebenar model ini bukan sahaja terletak pada keupayaannya untuk mengambil swafoto yang terbaik, ia turut diupayakan untuk mengambil gambar dengan lebih baik pada waktu malam atau keadaan kurang cahaya, setanding dengan model-model telefon yang lebih mahal.

Dari aspek teknikal, OPPO F11 Pro mempunyai paparan skrin berukuran 6.53″ pada resolusi 1,080 x 2,340 pixel.
Model seberat 190g ini diupayakan oleh cip MediaTek Helio P70 dengan lapan teras, bersama pemproses grafik Mali-G72 MP3 pada kelajuan 900MHz, serta RAM sebanyak 6GB bersama memori 64GB yang boleh ditingkatkan dengan penggunaan kad memori.
Bagi system operasi, model ini menggunakan Android 9 (Pie) bersama sistem operasi ColorOS 6 yang dibangunkan oleh OPPO.
Untuk kamera, OPPO F11 Pro mempunyai tiga kamera, dua di belakang, dan bagi tujuan swafoto, satu kamera dengan sensor 16 megapiksel pandang hadapan yang ‘disorokkan’ di dalam badan telefon.

Peningkatan keupayaan kamera F11 Pro jelas terserlah dengan gabungan dua buah kamera belakang, masing-masing pada resolusi 48 megapiksel dan 5 megapiksel.
Kamera utama 48 megapiksel dengan bukaan f/1.79 memungkinkan lebih cahaya dirakam, dan apabila digabungkan dengan penapis Quad-Bayer yang menggabungkan empat piksel kepada satu, gambar yang dihasilkan adalah lebih segar dengan tangkapan warna yang berseri.
Pengunaan pengesan ini juga menyebabkan gambar yang diambil pada waktu malam atau keadaan yang kurang punca cahaya menjadi lebih ‘terang’, kerana kemampuan pengesan ini untuk menangkap elemen cahaya yang tidak kelihatan pada mata kasar.
Keupayaan bateri turut menjadi pilihan pengguna dalam memilih telefon pintar yang sesuai, dan F11 Pro turut dikuasakan dengan bateri dengan kapasiti 4,000mAh.
Dilengkapi dengan teknologi pengecasan kilat VOOC 3.0 yang baharu, masa pengecasan kini adalah 20 minit lebih pendek dari model-model yang terdahulu.
Pra-tempahan OPPO F11 Pro kini telah dibuka sehingga 29 Mac ini dengan setiap pelanggan akan menerima rebat tunai bernilai RM100, dan boleh dibuat di Kedai Rasmi OPPO dan pengedar yang sah, atau secara dalam talian di laman web rasmi OPPO dan rakan e-dagang seperti Lazada, Shoppee dan GoShop.
OPPO F11 Pro hadir dalam dua warna, Thunder Black dan Aurora Green dan berharga RM1,399 untuk versi 6GB (RAM) + 64GB (ROM). – UTUSAN ONLINE











