Maritim anjur program kesedaran keselamatan di laut - Utusan Malaysia

Maritim anjur program kesedaran keselamatan di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mac – Satu program keselamatan di laut kepada komuniti maritim yang dinamakan Program Preventive Search and Rescue (SAR) diadakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kudat, Sabah dengan kerjasama Jabatan Laut Kudat dan Pasukan Polis Marin Kudat di Jeti Feri Penumpang Kudat, Sabah hari ini.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, antara aktiviti yang dilakukan ialah sesi taklimat kesedaran keselamatan di laut dan penerangan khas mengenai kepentingan serta penggunaan Jaket Keselamatan yang betul.

“Program ini akan dijalankan secara berterusan bagi memberi kesedaran serta kepentingan keselamatan di laut bukan sahaja kepada pengusaha feri (operator), tetapi juga kepada penumpang serta pelancong yang menggunakan perkhidmatan feri untuk ke Pulau Banggi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Chin Chau, sebanyak 20 pegawai dan anggota daripada ketiga-tiga agensi dan dianggarkan lebih kurang 150 penumpang feri terlibat secara langsung dalam program ini.

Tambahnya, orang ramai disarankan supaya memberi kerjasama dalam menangani sebarang aduan kesalahan atau jenayah di perairan negara dengan menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611 858. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini