Ganjaran pengguna setia jenama Petron - Utusan Malaysia

Ganjaran pengguna setia jenama Petron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 26 Mac – Bagi menghargai pelanggan setia stesen minyak jenama Petron, syarikat itu mengadakan cabaran membeli-belah iaitu Petron Hypermarket Sweep buat kali keempat.

Program yang diadakan dengan kerjasama pasaraya Giant Malaysia Sdn. Bhd. itu diadakan di lima negeri pada tahun ini iaitu Selangor, Johor, Pulau Pinang, Pahang dan Sabah.

Ketua Dagangan Runcit dan Komersial Petron Malaysia, Choong Kum Choy berkata, program itu antara program yang memberi ganjaran kepada pengguna setia jenama Petron.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami sangat teruja untuk mengadakan program ini bagi menghargai pelanggan setia Petron. Tahun ini kami turut memberikan mata ganjaran kepada pemenang yang boleh digunakan di kedai Treats.

“Petron Malaysia juga berbangga dengan kerjasama bersama-sama pasaraya Giant untuk program ini, harapan kami agar semua pemenang menikmati pengalaman menyeronokkan bersama keluarga dan rakan mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagi program Petron Hypermarket Sweep di pasaraya Giant Plentong hari ini, lima pemenang hadiah utama membawa pulang barangan runcit bernilai RM4,000, 10 pemenang barangan runcit bernilai RM3,000 dan lima pemenang barangan runcit bernilai RM1,000.

Sementara itu, seorang pemenang hadiah utama, Riduan Janudin memberitahu, dia teruja kerana dipilih sebagai antara pemenang hadiah utama program berkenaan.

“Saya dan isteri memang pengguna setia Petron, di mana setiap bulan tidak kurang daripada RM1,000 dibelanjakan untuk mengisi minyak.

“Dalam program ini, kami banyak mengambil barangan keperluan rumah seperti perkakas memasak dan barangan dapur,” katanya yang menguruskan kedai makan di Serkam, Melaka.

habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini