KUALA LUMPUR 26 Mac – Kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang menyifatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai bekas diktator sengaja diperbesar-besarkan oleh akhbar Singapura itu.
Bapa Nurul Izzah yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan anak sulungnya kepada media asing itu telah dibuat sebelum ini namun baharu dilaporkan baru-baru ini.
“Kenyataan itu dibuat sudah lama dan dilaporkan oleh The Straits Times Singapura. Saya tentu faham dan prihatin tentang pandangannya.
“Saya faham konteksnya. Sudah lama dan itu dibesarkan The Straits Times Singapura, kita nak gaduh pasal apa,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Jumaat lalu, Nurul Izzah dalam wawancara The Straits Times, Singapura, Jumaat lalu menyifatkan Dr. Mahathir sebagai bekas diktator dan mengakui sukar bekerja dengan Pengerusi PH itu.
Dalam pada itu, Pakatan Harapan (PH) tidak menyifatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai diktator sebaliknya konsisten memilih dan menyokong Perdana Menteri.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu jelas berdasarkan muafakat yang dicapai PH untuk memberi ruang dan menyokong segala usaha Dr. Mahathir.
“Bagi kita tidak (bukan diktator). Secara konsistem, kita pilih Dr. Mahathir dan kita sokong dia sebagai Perdana Menteri.
“Jadi kita beri ruang, tapi pendirian kita termasuk saya dan keluarga untuk memberi sokongan dan ruang kpd Dr. Mahathir sebagai pemimpin dan Perdana Menteri,” katanya.
Tambah Anwar, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak perlu membodek menyifatkan Dr. Mahathir bukan diktator sebaliknya tegas.
“Abdul Hadi ini memang ikut rentak dan gendang, bukan ikut pandangan dia. Pas nak kipas tak payahlah,” katanya.
Jumaat lalu, Nurul Izzah menyifatkan Dr. Mahathir sebagai bekas diktator dan mengakui sukar bekerja dengan Pengerusi PH itu. – UTUSAN ONLINE











