KUALA LUMPUR 26 Mac – Laluan perjalanan udara di antara Kuala Lumpur ke Singapura dinamakan sebagai laluan antarabangsa yang paling sibuk di dunia dengan 30,187 penerbangan beroperasi.
Menurut laporan OAG, Kuala Lumpur disenaraikan sebagai dua daripada lima pasaran utama antarabangsa paling sibuk di dunia, manakala laluan Incheon ke Osaka turut mencatatkan jumlah penerbangan yang meningkat dengan sejumlah 2,223 penerbangan.
“Laluan paling sibuk di dunia, Korea Selatan Jeju ke Seoul, juga merupakan satu daripada yang paling singkat, dengan 79,460 penerbangan beroperasi, diikuti oleh Melbourne ke Sydney dengan 54,102 penerbangan.
“Tiga puluh peratus daripada laluan antarabangsa paling sibuk di dunia beroperasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (HKG), yang disenaraikan dalam enam daripada 20 pasaran utama antarabangsa yang paling sibuk di dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
OAG merupakan syarikat pembekal data perjalanan global yang dan telah menjanakan pertumbuhan dan inovasi bagi ekosistem perjalanan udara sejak tahun 1929.
Tambah OAG, Singapura merupakan destinasi paling popular bagi laluan jarak jauh paling sibuk di rantau itu, dengan enam ketibaan di negara berkenaan. -UTUSAN ONLINE











