Pegawai kanan SSM bebas reman skandal RM30 juta - Utusan Malaysia

Pegawai kanan SSM bebas reman skandal RM30 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini membebaskan dua suspek termasuk pegawai kanan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang direman berhubung skandal projek melibatkan badan berkanun itu yang dianggarkan bernilai lebih RM30 juta.

Selain lelaki berusia 48 tahun itu, turut dibebaskan ialah seorang pengarah sebuah syarikat perundingan, 52, yang juga direman berhubung kes sama.

Majistret Ahmad Asyraf Mohamed Kamal membenarkan kedua-dua individu itu dibebaskan dengan jaminan RM100,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 22 Mac lalu, SPRM berjaya mendapatkan perintah tahanan reman selama lima hari ke atas kedua-dua suspek bagi membantu siasatan kes tersebut.

Menurut sumber, kedua-dua individu itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara berasingan kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan 11 malam, 21 Mac lalu di ibu pejabat SPRM di sini selepas hadir memberi keterangan.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek telah bersubahat dengan tiga lagi individu termasuk seorang pegawai kanan SSM yang direman sebelum ini bagi mendapatkan perkhidmatan perisian sijil diakui sah tanpa mengikut peraturan di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini