KULAI 26 Mac – Seorang lelaki maut selepas kereta Mercedes-Benz yang dipandunya terbabas dan melanggar tiang elektrik dan pokok di Jalan Palm Villa Resort di sini malam tadi.
Menurut pegawai operasi, Abd. Malik Abd. Rahman berkata, seramai lima anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada 10.40 malam.
“Mangsa berusia 44 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan. Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Abd. Malik berkata, operasi yang dijalankan tamat pada pukul 11.20 malam. – UTUSAN ONLINE











