Petron hargai pelanggan setia di Johor - Utusan Malaysia

Petron hargai pelanggan setia di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 26 Mac – Petron Malaysia mengadakan cabaran Petron Hypermarket Sweep bagi menghargai pelanggan setia stesen minyak tersebut di pasar raya Giant Plentong di sini hari ini.

Dalam program yang diadakan bermula pada 9 hingga 11 pagi itu, seramai 20 pemenang terpilih untuk memenangi hadiah barangan runcit bernilai RM4,000, RM3,000 dan RM1,000.

Ketua Dagangan Runcit dan Komersial Petron Malaysia, Choong Kum Choy berkata, program itu merupakan antara usaha pihaknya memberi ganjaran kepada pelanggan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tahun ini kami turut memberi hadiah mata ganjaran kepada pemenang yang boleh digunakan di kedai Treats kami.

“Harapan kami adalah mahu pemenang menikmati pengalaman menyeronokkan bersama keluarga dan rakan,” ujarnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Petron Hypermarket Sweep kini memasuki tahun keempat penganjuran dan diadakan di lima negeri tahun ini iaitu di Selangor, Johor, Pulau Pinang, Pahang dan Sabah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini