Penyelia syarikat rugi RM12,000 ditipu sindiket Macau Scam - Utusan Malaysia

Penyelia syarikat rugi RM12,000 ditipu sindiket Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS 26 Mac – Seorang penyelia syarikat berusia 49 tahun di sini kerugian hampir RM12,000 selepas dipercayai terperdaya dengan sindiket Macau Scam semalam.

Mangsa pada mulanya menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai bank dan memberitahu kononnya mangsa ada menggunakan kad kredit semasa di Puchong, Selangor.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, mangsa menafikan namun kemudiannya disambungkan kepada pegawai polis yang mendakwa kononnya terdapat laporan polis dibuat terhadap mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, akibat takut mangsa mengikuti arahan suspek termasuk memasukkan nombor pin di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang membenarkan beberapa transaksi pemindahan wang dilakukan tanpa disedari.

“Nombor pin itu kononnya bertujuan melindungu akaun mangsa, namun selepas itu dia mendapati wang telah tiada di dalam akaun.

“Mangsa bertanyakan hal tersebut kepada suspek namun diberitahu ia adalah prosedur untuk membersihkan identiti dan keselamatan akaun.

“Mangsa juga diberi jaminan wangnya akan dipulangkan semula namun ketika itu menyedari dia telah menjadi mangsa panggilan ‘scammer’ sebelum membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Noorzainy menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat serta tipu helah sindiket berkenaan.

“Jangan sesekali panik dan mengikut arahan yang diberikan oleh pemanggil yang tidak dikenali, sebaliknya hubungi pihak polis atau organisasi yang terlibat untuk sebarang pengesahan,” jelasnya.

Selain itu, beliau juga mengingatkan orang ramai tidak mengikut arahan yang diberi, mendedahkan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, nombor kad ATM atau nombor kad kredit kepada individu yang tidak dikenali.

“Kes berkenaan kini dalam siasatan dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, serakat ini, terdapat lapan kes Macau Scam yang dibuka pihaknya sejak awal tahun ini membabitkan kerugian berjumlah RM50,999.75.

Tambahnya, siasatan kes itu juga melibatkan sebanyak tujuh tangkapan pemilik akaun serta lima pertuduhan kepada pesalah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini