Inkues Adib: Saya dicaci maki - Saksi - Utusan Malaysia

Inkues Adib: Saya dicaci maki – Saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – “Saya dicaci-maki berdasarkan komen dalam Facebook,”, 

Demikian kata Pakar Perubatan Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Hafizam Hasmi ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Hamdan Hamzah mengenai komen kontroversi pengguna Facebook bernama Cik Miera susulan kenyataan beliau mengenai kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim Jumaat lalu.

Ketika prosiding inkues di Mahkamah Koroner di sini hari ini, beliau yang sekali lagi memberi keterangan berkata, masyarakat menganggapnya berbohong berdasarkan kenyataannya minggu lalu mengenai kematian Muhammad Adib bukanlah berpunca daripada dipukul.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sedih saya. Saya juga tidak membuat apa-apa kenyataan balas di Facebook,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau yang pernah mengendalikan kes kematian berprofil tinggi melibatkan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kecederaan anggota bomba itu untuk tampil memberi kenyataan.

“Saya mengharapkan agar mahkamah memanggil orang itu untuk menentukan maklumat (berhubung kecederaan).

“Saya terangkan kepada mahkamah berdasarkan kepakaran dan ilmu perubatan forensik yang saya ada,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini