Mbappe cipta sejarah bersama Perancis - Utusan Malaysia

Mbappe cipta sejarah bersama Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 26 Mac – Kylian Mbappe menjadi pemain termuda membuat 30 penampilan bersama skuad Perancis selepas berada dalam kesebelasan utama ketika aksi kelayakan Euro 2020 menentang Iceland, awal pagi tadi.

Pemain berusia 20 tahun itu, muda enam bulan berbanding Karim Benzema ketika dia mencapai angka itu pada 2010.

Mbappe membuat penampilan sulung bersama Les Blues ketika menang 3-1 ke atas Luxembourg pada Mac 2017 dan menjaringkan gol pertamanya dalam kelayakan Piala Dunia menentang Belanda pada Ogos tahun sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia menjadi antara watak utama dalam membantu Perancis ketika merangkul kejuaraan Piala Dunia di Rusia, tahun lalu selain berjaya menjaringkan gol keempat dalam kejohanan itu ketika aksi final menentang Croatia.

Dalam penampilan ke-30 itu, Mbappe membantu Samuel Umtiti untuk menjaringkan gol pembukaan di Stade de France ketika menundukkan Iceland 4-0.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini