Ma’ruf tidak mahu dipengaruhi hasil kaji selidik - Utusan Malaysia

Ma’ruf tidak mahu dipengaruhi hasil kaji selidik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 26 Mac – Calon Naib Presiden Indonesia nombor satu, Ma’ruf Amin menegaskan bahawa beliau dan gandingannya, Joko Widodo tidak terpengaruh dengan hasil kaji selidik yang dilakukan oleh Lembaga Charta Politika biarpun mencatatkan keputusan yang bagus.

Kaji selidik itu menunjukkan peratusan untuk Jokowi dan Ma’ruf dipilih sebagai Presiden dan Naib Presiden dalam pilihan raya yang bakal berlangsung pada April ini sebanyak 18.2 peratus.

“Kebanyakan kaji selidik memang menunjukkan jumlah itu (hampir 20 peratus, ada juga angka yang rendah sedikit tapi tidak banyak beza.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, pasukan kami tidak mahu dipengaruhi dengan keputusan kaji selidik itu kerana kami akan terus bekerja kuat untuk memenangi pilihan raya kali ini,” katanya seperti yang dipetik Republika semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini