Sangat bahaya, jangan pandang rendah kekuatan air - Utusan Malaysia

Sangat bahaya, jangan pandang rendah kekuatan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG 26 Mac – Pihak berkuasa diminta mengambil tindakan segera dan tidak memandang remeh kekuatan air yang boleh memusnahkan harta dan mengorbankan nyawa dalam sekelip mata.

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Puan Seri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, keadaan takungan air seolah-olah empangan di atas bukit berhampiran Taman Saga di sini berbahaya kerana dilihat boleh ‘meletup’ pada bila-bila masa.

“Sepatutnya, bila sudah macam ini pihak berkuasa dan jabatan-jabatan terbabit mesti bertanggungjawab dan tengok apa mereka boleh lakukan. Jangan tunggu sampai benda itu pecah binasakan rumah dan ada kematian baru hendak buka pelbagai jawatankuasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa yang saya nampak sudah jadi macam empangan. Bahaya itu, kita kena tahu kekuatan air kerana air boleh pecahkan apa sahaja yang ada depan. Kalau gunung boleh pecahkan, inikan pula tebing bukit dan rumah, bila-bila masa boleh hanyut dan pecah,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia menerusi ruangan rintihan rakyat melaporkan kewujudan kawasan takungan air di atas bukit berhampiran Taman Saga yang meresahkan penduduk setempat tentang risiko kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur.

Difahamkan, kawasan takungan air berkenaan semakin membesar dan terhasil selepas anak sungai ditimbus sebelum digantikan saluran air bawah tanah yang kini sudah tidak berfungsi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini