GAZA CITY 26 Mac – Israel melancarkan serangan udara di seluruh Genting Gaza, semalam yang menyasarkan kedudukan pergerakan Hamas sebagai tindak balas serangan roket jarak jauh yang mengenai sebuah rumah di Tel Aviv.
Namun tidak lama selepas serangan itu, Hamas mendakwa gencatan senjata dicapai antara kedua-dua pihak yang ditaja Mesir.
Israel yang melancarkan serangan itu ketika Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Washington bagaimanapun enggan mengulas dakwaan Hamas itu.
“Usaha Mesir membawa kepada gencatan senjata antara penjajah dan pejuang,”kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum.
Insiden berbalas serangan turut berlaku selepas pengumuman gencatan senjata namun keadaan kembali reda selepas tengah malam. -AFP











