Dr. Mahathir kecewa rasuah tidak dianggap dosa besar - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir kecewa rasuah tidak dianggap dosa besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 25 Mac – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kecewa apabila sesetengah pihak terutama mereka yang beragama Islam dilihat tidak mengambil berat mengenai betapa besarnya dosa bagi mereka yang me­lakukan rasuah dan salah guna kuasa.

Lebih menyedihkan, kata beliau, tindakan individu yang me­lakukan rasuah itu tidak dipandang hina sebaliknya dibiarkan begitu sahaja sehingga mereka berani mengulangi perkara sama.

Katanya, sejarah telah me­nunjukkan betapa empayar-empayar Islam yang begitu gah dan agung jatuh serta musnah disebabkan masalah salah guna kuasa dan rasuah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita sering menekankan kepada tuntutan agama untuk melakukan amalan wa­jib dan menjauh diri daripada yang terlarang. Malangnya, kita tidak menyedari atau memilih untuk tidak mengambil berat mengenai betapa besarnya dosa kita yang meng­amalkan rasuah dan salah guna kuasa untuk kepentingan diri.

“Seolah-olah bagi kita integriti itu bukan tuntutan Islam sehinggakan kita tidak merasa malu apabila melakukannya, dan jika kita didapati melakukannya kita tidak dipandang hina,” katanya ketika menyampaikan amanat khas kepada penjawat awam ne­geri ini di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull dan Ketua Pengarah Pusat Go­vernans, Integriti dan Antira­suah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Serentak dengan itu, Mukriz turut mengetuai penjawat awam dalam majlis tersebut melafazkan ikrar bebas rasuah.

Sementara itu, Dr. Mahathir mengingatkan penjawat awam supaya mengikis mentaliti meterialistik, suka kepada jalan mudah dan ingin menjadi cepat kaya sehingga sanggup mengetepikan integriti de­ngan menerima rasuah.

“Mentaliti materialistik, suka kepada jalan mudah dan ingin cepat kaya, haruslah dikikis dalam kalangan penjawat awam di Malaysia. Ini akan membawa kepada masalah rasuah, penyelewe­ngan dan salah guna kuasa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini