Peserta pamer bakat masak menu berasaskan ayam - Utusan Malaysia

Peserta pamer bakat masak menu berasaskan ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HEBAT. Seramai 25 peserta mengambil bahagian pada Pertandingan Memasak Berasaskan Ayam 2019 anjuran bersama Aneka Jerai Plaza Gurun, Syarikat Awam Bismi Sdn. Bhd., dan Adabi Sdn. Bhd., di Aneka Jerai Plaza Gurun, Gurun, Kedah baru-baru ini.

Urusetia pertandingan, Mohd. Hafiz Adnan berkata, Nor Shakila Ismail, 30, dari Simpang Tiga, Sungai Dasun, Kota Sarang Semut dinobatkan sebagai pemenang, sekali gus membawa pulang hadiah berupa sebuah piala, baucar RM300 dan hamper Adabi.

Tempat kedua menjadi milik Kalsom Abdullah Sani, 55, dari Taman Perumahan Pewaja Jalan Bedong yang menerima piala, baucar RM200 dan hamper Adabi manakala tempat ketiga pula dimenangi Hamidah Hussin, 54, Taman Murni, Gurun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, acara itu dikendalikan oleh pelakon drama Tanah Kubur, Nasir Bilal Khan dan pertandingan diadili Cef Shaifuddin Rosli dari Ayam Bismi Sdn. Bhd. serta Cef Mohd. Irwan Mohd. Nor daripada Adabi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini