20 pelajar SMK Pesisiran Perdana di Tanjung Agas belajar dikir barat - Utusan Malaysia

20 pelajar SMK Pesisiran Perdana di Tanjung Agas belajar dikir barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERBAKAT. Seramai 20 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pesisiran Perdana di Tanjung Agas, Tangkak, Johor menyertai Kelab Dikir Barat sekolah tersebut.

Jurulatih kelab, Wan Nasuha W. Hanafi berkata, pasukan dikir barat itu ditubuhkan antara lainnya untuk memberi pendedahan kepada ahli dan pelajar melebarkan sayap seni warisan pantai timur tersebut.

“Selain itu, seni budaya warisan ini juga dijadikan medium perantara untuk menyampaikan motivasi kepada pelajar melalui nyanyian yang berunsurkan semangat belajar dan matlamat berjuang dalam kehidupan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wan Nasuha menambah, walaupun mengalami kesukaran untuk melatih ahli kerana mereka tidak biasa mendengar rentak dan alunan dikir barat, ia tidak mematah semangat untuk melakukannya.

“Mereka berjaya melakukannya dengan baik menerusi persembahan pada Majlis Kecemerlangan Akademik serta Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru baru-baru ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini