Bayi baru lahir ditinggal tepi surau - Utusan Malaysia

Bayi baru lahir ditinggal tepi surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 25 Mac – Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan dile­takkan dalam kotak yang dialas dengan kain batik dan ditinggalkan di tepi surau wani­ta di Teluk Cempedak di sini kelmarin.

Kejadian pukul 10.30 pagi itu disedari penjaga tandas di pantai peranginan tersebut berikutan terdengar bunyi tangisan bayi berkenaan yang hanya dibalut dengan kain tuala.

Peniaga gerai makan yang hanya mahu dikenali sebagai Ruzlan, 42, berkata, dia menge­tahui kejadian penemuan bayi itu setelah dimaklumkan oleh penjaga tandas terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penjaga tandas itu memaklumkan kepada saya dia terde­ngar bunyi tangisan bayi yang pada mulanya disangka anak kucing sebelum menyedari ada kotak di tepi surau wanita.

“Apabila membuka kotak itu, penjaga tandas tersebut terkejut melihat seorang bayi diba­lut dengan tuala biru, lalu dia bergegas memberitahu saya,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Noor Yusof Ali ketika dihubungi berkata, pemeriksaan mendapati tali pusat bayi lelaki berkenaan sudah dipotong dan dianggarkan berusia sehari.

“Kita masih menjalankan siasatan bagi mengesan individu yang meninggalkan bayi ber­kenaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini