Laluan ‘sampah’ cemar Gua Musang - Utusan Malaysia

Laluan ‘sampah’ cemar Gua Musang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG 25 Mac – Jalan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 1 dan RKT Kesedar Lebir di si­ni bagaikan laluan ‘sampah’ apa­bila dipenuhi sampah-sarap yang dibuang se­gelintir pendu­duk tempatan sejak setahun lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, lebih malang lagi, kawasan itu juga berbau busuk dan memualkan sesiapa sahaja yang melaluinya.

Seorang pengguna jalan itu, Mohd. Harun Mohd. Daud, 55, berkata, individu yang mengambil jalan mudah de­ngan membuang sampah-sarap sesuka hati di kawasan itu patut berhenti berbuat demikian. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja menjejaskan kebersihan alam persekitaran tetapi me­nim­bulkan pandangan ne­gatif pengguna jalan yang menganggap penduduk di situ pengotor.

“Saya harap mereka mencari tempat yang lebih sesuai untuk dijadikan tempat pembuangan sampah,” katanya.

Siti Solehah Solihin, 30, pula mendakwa, jarak kawasan tersebut yang jauh dari pusat bandar menyebabkan penempatan mereka tidak diselia de­ngan baik oleh pihak berkuasa tempatan selain tiada tong sampah besar disediakan.

Katanya, perkara menjadi lebih buruk apabila penduduk mengambil jalan mudah melonggokkan bungkusan sampah di sepanjang laluan tersebut.

“Saya harap pihak berkuasa dapat menyediakan kemudahan tong sampah atau tempat pembuangan sampah yang sistematik di kawasan ini bagi mengatasi masalah yang berlaku sekarang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini