Boeing 787 sekali lagi mengalami masalah - Utusan Malaysia

Boeing 787 sekali lagi mengalami masalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NOUMEA 25 Mac – Pesawat Boeing 787-900 milik United Airlines terpaksa menukar haluan ke New Caledonia selepas terdapat laporan mengenai asap yang keluar dari bahagian kokpit hari ini.

Pesawat yang membawa 256 penumpang dan dalam perjalanan dari Melbourne, Australia ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang La Tontouta di Noumea.

“Penumpang dibawa keluar dari pesawat dengan selamat. Terdapat asap yang keluar dari kokpit pesawat,” kata seorang pegawai tempatan. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini