Pencemaran toksik: Syarikat, dua pengarah didakwa masing-masing 15 pertuduhan - Utusan Malaysia

Pencemaran toksik: Syarikat, dua pengarah didakwa masing-masing 15 pertuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 25 Mac – Sebuah kilang memproses tayar terpakai dan dua pengarahnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini masing-masing atas 15 pertuduhan menyebabkan pencemaran udara dan membuang sisa berjadual di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada 7 Mac lalu.

Orang Kena Saman (OKS), Yap Yoke Liang, 42; Wang Jing Choa, 34, dan syarikat, P Tech Resources Sdn. Bhd., bagaimanapun mengaku tidak bersalah masing-masing atas kesemua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim, Jailani Rahman.

Mengikut kertas pertuduhan, ketiga-tiga OKS didakwa gagal membuat pemberitahuan tentang buangan terjadual yang ditetapkan di bawah Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di P Tech Resources Sdn. Bhd. di PLO 113, Jalan Nibong 2, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang pada pukul 12.25 tengah hari, 11 Mac lalu.

Bagi pertuduhan melibatkan pencemaran udara bersih pula, OKS didakwa gagal menjalankan pemantauan berkala di bawah peraturan sama.

Ketiga-tiganya didakwa melakukan kesalahan itu di tempat dan masa yang sama.

Mahkamah kemudian menetapkan 30 April sebagai tarikh sebutan semula dan membenarkan setiap tertuduh dijamin sebanyak RM15,000 seorang bagi setiap pertuduhan melibatkan pembuangan terjadual dan RM3,000 seorang bagi setiap pertuduhan melibatkan pencemaran udara bersih. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini