Padah toreh muka kekasih - Utusan Malaysia

Padah toreh muka kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mac – Seorang lelaki warga Bangladesh hari ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menoreh muka teman wanitanya Februari lalu.

Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd. Suah membuat keputusan tersebut selepas tertuduh Saidol Islam, 22, mengekalkan pengakuan bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam Bahasa Inggeris.

Mahkamah turut menetapkan agar hukuman berkenaan dijalankan di Penjara Kajang dekat sini bermula dari tarikh dia ditangkap.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berdasarkan pertuduhan, lelaki berkenaan dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah pada bahagian muka Nur Zawatie Zainal Abidin, 24, dengan menggunakan pisau di hadapan lif bawah tanah Tropicana City Mall pukul 6.30 petang, 7 Februari lalu.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ashyraf Ashy’ari Kamaruzaman

dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak lebih 20 tahun dan denda atau sebatan.

Dalam prosiding berkenaan tertuduh diwakili peguam bela Datuk Suraj Singh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini