Musim panas: Paras air di empangan Selangor sangat baik - Utusan Malaysia

Musim panas: Paras air di empangan Selangor sangat baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Paras air di tujuh empangan utama di Selangor berada dalam keadaan sangat baik iaitu sekitar 95 hingga 100 peratus walaupun berdepan cuaca panas dan kering ketika ini, kata Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Beliau berkata, secara keseluruhannya, takungan kesemua empangan negeri mampu menampung keperluan Loji Pembersihan Air (LPA) dengan permintaan 4,800 juta liter air sehari, sepanjang musim panas yang dijangka berlaku sepanjang Mac hingga April ini.

“Kita juga sentiasa memantau paras bekalan air dalam empangan selain turut melaksanakan ‘off-river storage’ (ORS) dan Operasi Pengepaman Air Kolam (OPAK) bagi membantu untuk mengekalkan kapasiti air sekiranya diperlukan,” katanya.  

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor yang dianjurkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Beliau berkata, status paras takungan air yang mencukupi untuk membekalkan sumber air ke LPA menyebabkan tiada operasi pembenihan awan dilaksanakan setakat ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini