Pegawai kerajaan wanita antara menjadi mangsa scam - Utusan Malaysia

Pegawai kerajaan wanita antara menjadi mangsa scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 25 Mac – Pegawai kerajaan merupakan antara mangsa penipuan kes scam yang direkodkan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan berkata, mereka yang terlibat rata-ratanya terdiri daripada golongan wanita.

“Hampir setiap bulan sepanjang tahun ini, kami terima 10 aduan kes scam dengan kerugian yang dicatatkan mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia membabitkan pelbagai jenis penipuan dalam talian antaranya seperti Macau Scam, ‘Love Scam’, pinjaman tidak wujud dan pembelian dalam talian,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Memperingati Polis Kali Ke-212 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini hari ini.

Menurut Rosly lagi, beberapa tangkapan sudah dibuat dengan terdapat kes berjaya diselesaikan serta juga ada masih dalam siasatan.

Beliau justeru itu, menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya jika menerima sebarang panggilan telefon yang mengaku daripada bank, mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa.

“Jika mereka daripada pihak bank dan anda rasa ragu-ragu, jangan teruskan dengan sebarang transaksi atau pengesahan maklumat.

“Hubungi sendiri bank anda untuk pengesahan kerana banyak kes kita terima, apabila sudah buat transaksi wang dalam amaun yang banyak, baru sedar sebenarnya ditipu,” katanya.

Dalam pada itu, Rosly berkata, indeks jenayah di Putrajaya sepanjang tahun ini masih terkawal walaupun terdapat kes terus berlaku seperti pecah rumah dan kecurian.

Katanya, berdasarkan pemerhatian pihaknya, kadar jenayah akan meningkat menjelang bulan Ramadan dan musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini