Polis berkorban demi kesejahteraan negara - Utusan Malaysia

Polis berkorban demi kesejahteraan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 25 Mac – Pendek, tepat dan penuh bermakna.

Itu respon Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. mengenai perutusan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-212 Tahun 2019 hari ini.

Menurut Mohd. Khalil, revolusi yang dihadapi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan pasukan itu merupakan satu institusi yang berpegang kepada Rukun Negara dan ikrar taat setiap mereka tanpa berbelah bahagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“PDRM adalah satu entiti badan yang akan berkorban untuk kesejahteraan negara, susah atau senang, hujan atau panas, kita akan tetap jalankan tanggungjawab walaupun kita dikecam atau diugut.

“Mesej yang ingin disampaikan sempena sambutan kali ini adalah mudah iaitu polis masih relevan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis sambutan itu peringkat Kontinjen Johor di Dataran Kawad Ibu pejabat polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Kamarudin Md. Din dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Md. Yusof Ahmad.

Pada majlis sambutan itu, seramai 131 pegawai dan anggota polis negeri ini dan enam orang awam menerima Sijil Penghargaan Ketua Polis Johor, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Juara Integriti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini