Rakyat Malaysia suka bersukan – Syed Saddiq - Utusan Malaysia

Rakyat Malaysia suka bersukan – Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 24 Mac – Lebih 10,000 peserta menyertai program Fit Malaysia 2019 peringkat negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan, di sini.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, penyertaan itu membuktikan rakyat Malaysia berminat dengan program berkaitan kesukanan serta menjiwai hasrat Malaysia untuk menjadi negara sukan.

“Kehadiran peserta Fit Malaysia adalah isyarat jelas tentang komitmen mereka dalam menjalani gaya hidup sihat dan aktif,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program tersebut hari ini, yang mana acara larian, berbasikal, futsal dan aktiviti kecergasan seperti zumba antara yang diadakan.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Mohd Khairuddin Othman.

“Ini kali pertama kita gunakan sepenuhnya agensi KBS bagi menguruskan semuanya dan kita tidak pakai kontraktor-kontraktor luar.

“Kita bagi pengiktirafan untuk penjawat awam khususnya pegawai belia dan sukan skim S, yang mana dengan cara ini kita melatih mereka menganjurkan program besar.

“Kos juga dapat jimat. Apabila guna tenaga ‘in house’ kosnya hanya RM300,000,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini