DAMSYIK 24 Mac – Kurdis Syria memberi amaran bahawa ribuan warga asing kumpulan militan Daesh yang ditangkap merupakan bom masa kepada komuniti antarabangsa untuk dipadamkan.
Pegawai Hal Ehwal Luar tertinggi, Pentadbiran Kurdis, Abdel Karim Omar berkata, tahanan warga asing tersebut masih menjadi ancaman.
“Terdapat beribu jumlah mereka, kanak-kanak dan wanita dari 54 negara yang tidak termasuk warga Iraq dan Syria.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Mereka membawa beban dan bahaya serius kepada kita serta komuniti antarabangsa,” katanya.
Semalam, Kurdis mengumumkan kejayaan menghapuskan Daesh di perkampungan Baghouz yang menjadi lokasi terakhir saki-baki kumpulan militan berkenaan. – AFP











