MPK digesa bertindak segera tokong tanpa kebenaran - Utusan Malaysia

MPK digesa bertindak segera tokong tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Kira-kira 200 penduduk Taman Petaling Indah di sini mahu tindakan segera dilakukan Majlis Perbandaran Klang (MPK) berhubung kewujudan sebuah tokong Buddha dipercayai tanpa kebenaran sejak lima bulan di kawasan itu. 

Wakil penduduk, Datuk RS. Maniam berkata, tapak tanah bagi lot tersebut telah disahkan MPK sebagai rumah banglo satu tingkat dan bukannya tokong.

Katanya, sekiranya tokong itu terus beroperasi akan menyebabkan kesesakan lalu lintas di taman perumahan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kawasan ini sepatutnya kekal sebagai taman perumahan kerana pembinaannya dianggap amat tidak bersesuaian.

“Sepanjang pembinaan tokong sejak dua tahun lalu telah mengakibatkan kerosakkan jalan utama di taman ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Maniam mendakwa, projek pembinaan tokong itu secara dasarnya telah disokong oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Kemuning merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor, V. Ganabatirau.

Sementara itu seorang lagi penduduk, Chan Koon San, 78, menegaskan pemilik tapak itu seharusnya memohon pihak berkuasa mengikut lunas perundangan dan bukannya dengan unsur penipuan.

“Walaupun saya sendiri penganut Buddha, namun agak terkilan dengan perbuatan sebegini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini