Albania pecat Panucci selepas aksi pertama kelayakan Euro - Utusan Malaysia

Albania pecat Panucci selepas aksi pertama kelayakan Euro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIRANA 23 Mac – Albania telah memecat jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Christian Panucci selepas mereka tumpas kepada Turki 0-2 dalam perlawanan pembukaan kelayakan Euro 2020, kata persekutuan bola sepak negara itu, hari ini.

Warga Itali berusia 45 tahun itu, yang mencipta namanya sebagai pertahanan Roma, Monaco dan Real Madrid, telah menjalankan tugasnya dalam 15 perlawanan sejak Julai 2017, tetapi hanya mencatat empat kemenangan.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Panucci di atas sumbangannya selama ini dan selamat maju jaya untuk kariernya. Bekas pemain Albania, Ervin Bulku dan Sulejman Mema akan mengambil alih pasukan untuk perlawanan kedua kelayakan menentang Andorra,” kata persekutuan bola sepak negara itu menerusi laman web mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Panucci mengetepikan penjaga gol Lazio berusia 24 tahun, Thomas Strakosha daripada skuad Albania untuk dua perlawanan setelah dia terlepas kapal terbang ekoran kesesakan lalu lintas, sehingga menyebabkan peminat Albania dan pengkritik bola sepak berasa hairan terhadap tindakannya itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini