JAKARTA 23 Mac – Penunggang motosikal yang mengalami tayar pancit kebiasaannya sama ada memanggil mekanik ataupun menolak ke bengkel berdekatan namun berbeza buat seorang pemuda di sini baru-baru ini.
Okezone melaporkan, pemuda itu memikul motosikal jenis Yamaha RXZ untuk ke bengkel yang menjadi tular di laman media sosial.
Tanpa rasa berat dan santai dia mengangkatnya menuju ke bengkel.
Memuatkan artikel berkaitan…
Seorang lelaki yang berada di tepi jalan bertanya, mengapa dia memikul motornya dan dia menjawab dengan santai bahawa tayar bocor maka sedang mencari bengkel.











